Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia
Windows 11 ialah keluaran utama sistem pengendalian Windows NT yang dibangunkan oleh Microsoft yang diumumkan pada 24 Jun 2021, dan merupakan pengganti kepada Windows 10, yang dikeluarkan pada 2015.
Mulai Oktober 2021, Microsoft mula mengeluarkan Windows 11 sebagai peningkatan percuma untuk pengguna Windows 10.
Walau bagaimanapun, komputer lama mungkin tidak dapat menaik taraf kerana Windows 11 hanya akan berjalan pada PC yang mempunyai keupayaan Trusted Platform Module (TPM).
PC yang lebih baharu sudah mempunyai prapasang Windows 11.
Sokongan Windows 10
Sama seperti Windows 7, yang telah ditamatkan secara berperingkat pada 2020, Microsoft telah menyatakan bahawa sokongan untuk Windows 10 akan berakhir pada 14 Oktober 2025.
Keperluan sistem Windows 11
Processor | 1 gigahertz (GHz) atau lebih dengan 2 atau lebih core pada processor 64-bit yang serasi |
RAM | 4 gigabait (GB) |
Peranti storan | 64 GB atau peranti storan yang lebih besar |
TPM | Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0 |
Kad grafik | Serasi dengan DirectX 12 atau lebih baru dengan pemacu WDDM 2.0 |
Paparan | Paparan definisi tinggi (720p) yang lebih besar daripada 9” menyerong, 8 bit setiap saluran warna. |
Sambungan Internet dan akaun Microsoft | Untuk semua edisi Windows 11, akses internet diperlukan untuk melakukan kemas kini dan memuat turun serta memanfaatkan beberapa ciri. Akaun Microsoft diperlukan untuk beberapa ciri. |
Untuk menyemak sama ada komputer anda boleh menyokong Windows 11, gunakan apl PC Health Check Microsoft yang anda boleh muat turun dari sini – https://www.microsoft.com/en-us/windows/windows-11#pchealthcheck
Keserasian ABSS Windows 11
Sebelum keluaran rasmi Windows 11, ABSS menjalankan ujian keserasian pada semua penyelesaian mereka, dan telah mengesahkan bahawa versi terkini perisian ABSS adalah serasi dengan Windows 11.
Sebelum menaik taraf kepada Windows 11
Jika anda merancang untuk menaik taraf Windows 10 anda kepada Windows 11, buat sandaran data dan borang ABSS anda.
Sebaik-baiknya, sandaran ini hendaklah pada cakera keras luaran.
Kemas kini baharu
Artikel
Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia