Apakah e-Invois?

Artikel ini juga tersedia dalam: English


Pada Mei 2023, LHDN mengumumkan bahawa e-Invois akan dilaksanakan di Malaysia mulai 2024.

Pelaksanaan e-Invois adalah WAJIB bagi sesiapa yang menjalankan aktiviti komersial di Malaysia.

Ini bermakna SEMUA perniagaan mesti melaksanakan dan mematuhi keperluan e-Invois.

Apakah maksud e-Invois?

e-Invois memerlukan perniagaan menyerahkan invois kepada LHDN untuk pengesahan sebelum dihantar kepada pelanggan.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian di sini ialah semua invois WAJIB diserahkan kepada LHDN untuk pengesahan sebelum anda menghantarnya kepada pelanggan anda.

Kegagalan menghantar invois kepada LHDN boleh dikenakan penalti.

Apakah e-Invois?

“e” dalam e-Invois bermakna butiran invois perlu diserahkan secara elektronik, dalam format teks biasa dan akan mengandungi semua maklumat yang berkaitan dalam struktur yang telah ditetapkan.

Format fail yang diguna untuk menyerah invois adalah sama ada XML atau JSON.

Apa yang BUKAN e-invois?

e-Invois dalam konteks ini bukan fail imej, PDF atau Word.

Ini juga termasuk fail Excel. Walau bagaimanapun, untuk penyerahan manual berbilang invois pada portal MyInvois, templat yang LHDN sediakan boleh menjadi fail Excel csv atau tab delimited.

Proses penyerahan dan pengesahan

Penyerahan

Anda boleh menyerahkan invois dalam salah satu daripada dua cara:

Secara manual

Anda boleh menghantar invois secara manual melalui portal MyInvois LHDN sama ada secara satu invois atau berbilang invois menggunakan templat yang akan disediakan.

Kaedah ini sesuai jika anda hanya mengeluarkan beberapa invois dalam sebulan atau setahun..

Perlu diingat bahawa terdapat 51 medan yang diperlukan dan 12 medan pilihan untuk diberikan semasa menghantar melalui portal.

Melalui aplikasi

Anda juga boleh menyerahkan invois melalui aplikasi perakaunan seperti ABSS Accounting, ABSS Premier atau Financio Accounting.

Kaedah ini adalah lancar kerana aplikasi perakaunan akan mencipta format XML atau JSON dengan butiran yang diperlukan dan menyerahkannya kepada LHDN menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang disediakan.

Sambungan internet diperlukan untuk menyelesaikan proses ini.

Pengesahan

Selepas penyerahan dan pengesahan berjaya, LHDN akan memberikan Nombor Pengenalan Unik (UIN) untuk setiap invois.

UIN ini perlu dibenamkan pada invois sebagai kod QR sebelum anda menghantarnya kepada pelanggan.

Jika anda menyerahkan secara manual melalui portal MyInvois, LHDN telah menyatakan bahawa ia akan memberikan invois dalam format PDF dengan kod QR yang dibenamkan, yang kemudiannya boleh anda majukan kepada pelanggan.

Apakah XML dan JSON?

Kedua-dua XML dan JSON ialah fail teks biasa yang mengikut struktur tertentu yang boleh dibaca oleh manusia, serta difahami oleh sistem komputer.

Lebih penting lagi, format XML dan JSON digunakan secara meluas untuk bertukar-tukar maklumat antara aplikasi.

Kedua-dua format ini membolehkan penghantaran maklumat melalui internet daripada satu aplikasi, seperti sistem perakaunan anda, ke aplikasi lain, yang dalam kes ini akan menjadi portal e-Invois LHDN.

Apakah fail teks biasa?

Kami mungkin sudah biasa dengan fail teks biasa yang digunakan dengan hamparan dan aplikasi lain.

Fail Comma-Separated Values atau CSV digunakan dengan hamparan dan pangkalan data untuk menyimpan dan bertukar maklumat.

Dalam ABSS Accounting dan ABSS Premier, kami menggunakan sama ada fail CSV atau Tab untuk mengeksport dan mengimport data.

Apakah XML?

XML, atau eXtensible Markup Language, ialah fail yang mengandungi maklumat berstruktur yang boleh dibaca dan difahami oleh kedua-dua manusia dan komputer.

Contoh fail XML akan kelihatan seperti ini:

Format XML

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<invoice>
    <header>
        <invoice_number>INV1234</invoice_number>
        <issue_date>2023-01-15</issue_date>
        <due_date>2023-02-15</due_date>
    </header>
    <customer>
        <name>Air Jernih Sdn Bhd</name>
        <address>
            <street>123 Jalan Sehala</street>
            <city>Bandar Baru</city>
        </address>
    </customer>
    <items>
        <item>
            <product_id>1001</product_id>
            <description>Acme water dispenser</description>
            <quantity>2</quantity>
            <unit_price>800.00</unit_price>
            <total>1600.00</total>
        </item>
    </items>
    <total>1600.00</total>
</invoice>

Apakah JSON?

Sama seperti XML, JSON juga merupakan format berstruktur yang boleh dibaca oleh manusia dan juga komputer.

Walau bagaimana, ia berbeza dalam pemformatan.

Fail JSON akan kelihatan seperti ini:

Format JSON

{
  "invoice_number": "INV-1234",
  "issue_date": "2023-01-15",
  "due_date": "2023-02-15",
  "customer": {
    "name": "Air Jernih Sdn Bhd",
    "address": "123 Main St",
    "city": "Bandar Baru",
  },
  "items": [
    {
      "product_id": "1001",      
      "description": "Acme water dispenser",
      "quantity": 2,
      "unit_price": 800.00,
      "total": 1600.00
    },
  ],
}

Anda boleh membuat fail ini secara manual, tetapi tidak digalakkan kerana ia mungkin mempunyai ralat yang boleh menyebabkan LHDN menolaknya semasa pengesahan.

Walau apa pun, format XML atau JSON hanya boleh diserahkan kepada LHDN menggunakan API, dan itu dilakukan menggunakan aplikasi seperti ABSS Accounting, ABSS Premier atau Financio Accounting.


Perlu bantuan atau maklumat lanjut?

Minta konsultasi percuma

atau

hadiri webinar kami



Artikel ini juga tersedia dalam: English

Sitemap  |  Privacy policy
error: Selection disabled