Sales Register ABSS

Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia

Sales Register ABSS adalah seperti papan pemuka Jualan anda.

Anda boleh melihat semua invois, invois yang belum dibayar, dsb., serta melaksanakan fungsi berkaitan jualan seperti mengeluarkan invois dan menerima bayaran dari sini.

Untuk mengakses Sales Register, di Command Centre, klik pada Sales, kemudian Sales Register.

Sales Register ABSS
Sales Register ABSS

Menapis maklumat

Menapis maklumat mengikut tarikh

Maklumat dalam Sales Register ditapis mengikut tarikh.

Apabila dibuka pada mulanya, ia akan menggunakan tarikh sistem anda untuk memaparkan invois.

Contohnya, jika hari ini ialah 15 Jun 2020, maka ia akan memaparkan invois dari 1 hingga 30 Jun 2020.

Untuk melihat invois daripada tempoh lain, klik dalam medan Date From dan Date To, kemudian tukar tarikh dengan sewajarnya.

Menapis maklumat Sales Register ABSS mengikut tarikh

Menapis maklumat mengikut pelanggan

Maklumat dalam Sales Register juga boleh ditapis mengikut nama pelanggan.

Dalam medan Search, pilih sama ada All Customers atau Customer, ia itu semua pelanggan atau satu pelanggan.

Penapis Sales Register ABSS mengikut pelanggan

Apabila anda memilih untuk cari mengikut pelanggan, medan baharu dipaparkan.

Masukkan nama pelanggan dalam medan itu dan butiran jualan akan ditapis untuk menunjukkan hanya yang berkaitan dengan pelanggan tersebut.

Medan penapis pelanggan Sales Register ABSS

Tab

Tab di bahagian atas membantu anda menapis jualan mengikut status invois.

Tab dalam ABSS Sales Register

All Sales (Semua transaksi jualan)

All Sales memaparkan semua invois, sebut harga, pesanan, dsb.

Sales Register ABSS - All sales

Quotes (Sebut harga)

Tab Quotes hanya memaparkan sebut harga yang telah anda masukkan dalam tempoh yang dipilih.

Sales Register ABSS - Quotes

Dalam tab ini, anda boleh memilih untuk membuat sebut harga baharu atau memilih sebut harga sedia ada dan menukarnya kepada pesanan atau invois, dan juga memadamkan sebut harga.

Anda juga boleh membuat pesanan pembelian secara langsung kepada pembekal daripada sebut harga jika perlu membeli item untuk memenuhi keperluan ini.

Orders (Pesanan jualan)

Tab Pesanan menapis dan memaparkan sebarang pesanan jualan yang telah anda masukkan ke dalam ABSS untuk tempoh yang dipilih.

Sales Register ABSS - Sales Orders

Dalam tab ini, anda boleh memilih untuk membuat pesanan baharu, menerima bayaran pelanggan untuk pesanan, menukar pesanan kepada invois dan membuat pesanan pembelian kepada pembekal anda.

Open Invoices (Invois Belum Bayar)

Tab Open Invoices memaparkan invois untuk tempoh terpilih yang belum dibayar penuh oleh pelanggan anda.

Sales Register ABSS - Open invoices

Anda boleh menerima bayaran daripada pelanggan serta membuat invois baharu daripada tab ini.

Returns & Credits (Pulangan dan Kredit)

Returns and Credits adalah untuk nota kredit yang telah anda keluarkan kepada pelanggan anda.

Sales Register ABSS - Returns & credits

Di sini, anda boleh memilih untuk membayar balik pelanggan atau menggunakan kredit terhadap invois yang belum dijelaskan.

Anda juga boleh membuat invois jualan baharu dengan mengklik butang New Sale.

Closed Invoices (Invois yang telah dijelaskan)

Tab ini memaparkan invois yang telah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh yang dipilih.

Sales Register ABSS - Closed invoices

Lajur di sebelah kanan memaparkan tarikh invois dijelaskan.

Melihat butiran dokumen atau mengedit/memadam dokumen

Untuk melihat, mengedit atau memadam invois, sebut harga, pesanan, dll sedia ada, klik dua kali padanya atau klik pada anak panah di sebelahnya.


Terokai Sales Register ABSS dalam video ini


Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia

Sitemap  |  Privacy policy
error: Selection disabled