Terma pembayaran

Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia

Syarat pembayaran menunjukkan kepada pelanggan bila pembayaran untuk invois dijangkakan, atau harus dibayar.

Ini adalah untuk kedua-dua invois jualan yang anda keluarkan kepada pelanggan serta invois pembelian yang diterima daripada pembekal.

Apabila anda mengeluarkan invois kepada pelanggan, invois itu juga harus menunjukkan tarikh bila pelanggan perlu membuat pembayaran.

Untuk pembelian, pembekal juga akan menunjukkan bila anda perlu membuat pembayaran untuk invois.

Terma pembayaran dalam ABSS

Dalam ABSS Accounting dan ABSS Premier, terdapat 6 pilihan terma pembayaran untuk jualan dan juga pembelian.

Ini adalah:

pilihan terma bayaran dalam abss

C.O.D.

C.O.D atau Cash On Delivery (tunai semasa penghantaran) bermaksud pembayaran dibuat sebaik sahaja barang dihantar atau perkhidmatan diberikan.

Prepaid (Prabayar)

Prepaid atau Prabayar memerlukan pembayaran sebelum penghantaran barangan atau perkhidmatan diberikan.

Dengan syarat prabayar, pelanggan akan membuat bayaran sebelum menerima barangan atau perkhidmatan yang dipesan.

In a Given # of Days (Dalam bilangan Hari yang Diberikan)

Ini biasanya merupakan istilah pembayaran yang paling banyak digunakan untuk kebanyakan perniagaan.

In a Given # of Days memerlukan pembayaran dalam bilangan hari yang ditetapkan dari tarikh invois.

Untuk kebanyakan perniagaan, ini ialah 30, 60 atau 90 hari, mengikut dasar perniagaan anda.

On a Day of the Month (Pada Hari Bulan tertentu)

Pembayaran perlu dibuat pada hari tertentu dalam bulan tersebut.

Untuk tempoh pembayaran ini, anda perlu memilih hari mana pembayaran harus dibuat.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan ini untuk pembayaran sewa, yang biasanya perlu dibayar sebelum 7 haribulan setiap bulan.

bayaran perlu dibayar pada hari tertentu dalam bulan tersebut

# of Days after EOM (Bilangan hari selepas akhir bulan)

Pembayaran perlu dibuat dalam beberapa hari yang ditetapkan selepas akhir bulan tarikh invois dikeluarkan.

Jika invois bertarikh 11 Mei, dan anda memilih # Days after EOM sebagai tempoh pembayaran dengan 14 hari, pembayaran perlu dibuat pada stau sebelum 14 Jun.

Ini boleh digunakan dalam kes di mana pelanggan anda mempunyai dasar memproses pembayaran pada hari tertentu setiap bulan dan telah meminta anda membenarkannya.

Day of Month after EOM (Hari tertentu dalam bulan selepas akhir bulan)

EOM ialah Akhir Bulan.

Untuk tempoh pembayaran ini, anda juga perlu memilih hari dalam bulan bila pembayaran perlu dibuat.

bayaran perlu dibayar selepas akhir bulan

Bagaimanakah penetapan terma pembayaran berguna?

Menetapkan terma pembayaran untuk kedua-dua jualan dan pembelian membantu anda menguruskan penghutang dan pemiutang.

Jika anda menetapkan syarat pembayaran semasa merekodkan invois jualan atau bil pembekal, anda akan dapat melihat bila ia perlu dibayar.

ABSS To Do List Akaun Penghutang

ABSS To Do List Akaun Pemiutang

Untuk melihat invois jualan atau bil pembekal yang perlu dibayar, anda boleh pergi ke ABSS To Do List seperti ditunjukkan di atas.

Terma pembayaran juga digunakan untuk menyediakan penuaan dalam laporan Penghutang dan Pemiutang, iaitu sama ada dalam lajur 30 hari, 60 hari.

Terma pembayaran juga digunakan dalam penyata akaun yang anda hantar kepada pelanggan.


Artikel ini juga tersedia dalam: English Bahasa Indonesia

Sitemap  |  Privacy policy
error: Selection disabled