MYOB telah dijenamakan semula sebagai ABSS mulai 1 Jan 2018.
Baca lebih lanjut mengenainya di sini .
ABSS Accounting v30.1
Versi ini TIDAK sesuai untuk keperluan e-Invois.
Dikeluarkan pada Mei 2024
Termasuk kod Cukai Perkhidmatan yang dikemas kini untuk kenaikan kadar daripada 6% kepada 8% berkuat kuasa 1 Mac 2024, serta pelaporan Cukai Perkhidmatan yang dikemas kini.
ABSS Accounting merupai penyelesaian pengurusan perniagaan yang lengkap. Ia mengautomasikan dan memudahkan perakaunan, perbankan, jualan, pembelian dan kawalan inventori anda.
Ia adalah fleksibel dan mudah untuk anda menyesuaikan diri dengan proses perniagaan anda.
ABSS Accounting adalah penyelesaian pengguna tunggal, bermaksud hanya seorang sahaja yang boleh mengemas kini transaksi pada satu masa.
ABSS Accounting
RM2,299.00
ABSS Accounting adalah penyelesaian perakaunan dan pengurusan perniagaan bersepadu sepenuhnya yang mempunyai:
- Akaun/Lejar Am
- Perbankan/Buku Bank dan Buku Tunai
- Jualan/Akaun Penghutang
- Pembelian/Akaun Perlu Dibayar
- Pengurusan Inventori/Stok
- Pengurusan Kenalan Niaga
ABSS Accounting Command Center
Akaun
Nadi kepada semua transaksi perniagaan anda.
Setiap transaksi perniagaan yang anda buat dalam ABSS mengalir secara automatik ke Akaun
Cipta carta akaun anda, rekod catatan jurnal, semak jurnal transaksi.
Perbankan
Mengendalikan transaksi seperti resit, pembayaran dan selaraskan penyata bank.
Rekod pembayaran untuk perbelanjaan seperti sewa, gaji, utiliti, dll.
Jualan
Buat sebut harga, pesanan dan invois, dan pilih daripada beberapa reka bentuk invois yang boleh disesuaikan.
Cetak invois dan e-mel kepada pelanggan anda menggunakan Microsoft Outlook.
Terima bayaran daripada pelanggan dan tolak jumlah tersebut dari amaun invois masing-masing.
Pembelian
Masukkan pesanan pembelian dan invois pembekal, jejaki hutang anda.
Susun atur pesanan pembelian boleh disesuaikan.
Buat pembayaran kepada pembekal dan tolakkan jumlah tersebut dari amaun invois yang perlu dibayar.
Inventori
Masukkan item inventori, rekod huraian terperinci (malah imej) dan jejak semua pergerakannya.
- Buat pesanan pembelian secara automatik kepada pembekal daripada pesanan pelanggan – ABSS Accounting akan mengisi pembekal utama dan harga terakhir yang dibayar untuk anda
- Kategorikan dan analisis inventori dengan tiga senarai dan medan yang boleh ditentukan oleh pengguna.
Fail kad
Fail kad ialah senarai kenalan anda.
Anda boleh mencipta rekod pelanggan, pembekal serta pekerja.
Apabila anda membuat transaksi seperti jualan atau pembelian, ABSS secara automatik akan mengisi butiran pelanggan atau pembekal untuk anda.
Video – ciri ABSS Accounting
Gambaran keseluruhan ciri ABSS Accounting
Lihat juga ciri ABSS Accounting sepintas
Tidak pasti jika ABSS merupai penyelesaian yang sesuai untuk perniagaan anda?
Konsultasi dan demo percuma
Kami percaya bahawa tiada 2 perniagaan beroperasi secara sama.
Keperluan industri mungkin sama, tetapi cara mereka menjalankan perniagaan mungkin berbeza.
Langkah pertama kami dalam perundingan ialah cuba memahami keunikan perniagaan anda.
Kami kemudiannya meneroka cara ABSS boleh menangani kebanyakan keperluan anda.
Sesi perundingan/demo biasanya akan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam, bergantung pada keperluan anda.
Jika anda lebih suka cara ini daripada menilai ABSS sendiri, klik pada pautan di bawah untuk meminta sesi perundingan dan demo percuma, tanpa kewajipan.
Versi percubaan percuma
Sebaliknya, jika anda lebih suka mencuba sendiri, ABSS menawarkan versi percubaan 7 hari percuma.
Versi percubaan berfungsi sepenuhnya supaya anda boleh meneroka semua ciri yang ditawarkan oleh ABSS.
Satu-satunya pengecualian ialah versi percubaan tamat tempoh dalam masa 7 hari, dan anda perlu membeli lesen sekiranya anda ingin terus menggunakannya.
Semasa tempoh percubaan, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan jika anda memerlukannya.
Ambil perhatian bahawa sokongan semestinya terhad.
Sokongan penuh akan diberikan kepada anda sebaik sahaja anda membeli perisian tersebut.