ABSS Accounting v29.1 dan ABSS Premier v24.1
Versi ABSS Accounting dan ABSS Premier yang dikeluarkan pada 6 September 2022, mengandungi kemas kini pematuhan, ciri baharu serta peningkatan.
Ciri baharu
Baucar Jurnal Transaksi
Beberapa transaksi perakaunan perlu diluluskan.
Dalam versi yang baru dikeluarkan ini, anda boleh mencetak baucar transaksi untuk kelulusan.
Urus niaga ini termasuk:
- Jualan
- Pembelian
- Pembayaran
- Resit
- Inventori
Anda boleh mencetak baucar daripada menu Laporan, dalam tab Akaun, di bawah Jurnal Transaksi.
Penambahbaikan
Cari transaksi mengikut penerangan
Anda kini boleh mencari transaksi Jualan dan Belian mengikut description atau huraian.
Di skrin Find Transaction tetingkap Advanced, medan baharu telah ditambahkan untuk description.
Medan description tersedia apabila anda memilih All Invoices dalam tab Invoice atau Bills dalam tab Bill pada tetingkap cari transaksi.